Juruaudit Dalaman
Soalan Lazim
           

 


 
 


 

Perkhidmatan

KOPETRO menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan anggota-anggotanya. Antaranya adalah :

1. Perkhidmatan pembiayaan keanggotaan adalah perkhidmatan  utama KOPETRO kepada anggota-anggotanya. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan anggota. Kemudahan pembiayaan yang disediakan adalah berasaskan pembiayaan syariah.


Terdapat dua jenis pembiayaan iaitu :

  • Pembiayaan Peribadi  : Objektif utama kemudahan pembiayaan ini adalah untuk membantu anggota mendapatkan kemudahan pembiayaan tunai untuk memenuhi keperluan anggota. 
  • Pembiayaan Am : Objektif utama kemudahan pembiayaan ini adalah untuk membantu anggota membeli barangan keperluan am. **

** Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembiayaan, sila klik di sini


2. Perkhidmatan Insurans
KOPETRO juga menyediakan perkhidmatan insuran untuk anggota dan juga bukan anggota. Antara perkhidmatan-perkhidmatan insuran yang disediakan adalah seperti Insuran Kenderaan, Insuran Nyawa, Insuran Berkelompok, Insuran Kebakaran dan Insuran Pelancongan. KOPETRO juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan untuk kemudahan anggota dan pelanggan.


Pada masa ini, KOPETRO menjadi agen kepada 6 syarikat insuran. Syarikat-syarikat tersebut adalah:-

  • Etiqa Assurance (MNI) Motor
  • Oriental Capital Insurance (Motor)
  • AIG Insurance (Life)
  • ING Insurance (Life
  • MAA Insurance (Life)
  • Etiqa Takaful (Life & Motor)

Pihak kami menerima pembayaran melalui cek TETAPI haruslah menunggu cek tersebut diluluskan sebelum KOPETRO mengeluarkan dokumen yang dikehendaki.
Setiap pembelian Insurans RM500 keatas akan menerima  payung KOPETRO (selagi stok masih ada)

 

 

 

s