Aktiviti CSR KOPETRO - PDB pada 13 Feb 2010 di Rumah Anak-Anak Yatim Maahad Raudatul Ulum, Kg Ulu Rening, Batang Kali, Ulu Selangor
Kakitangan KOPETRO dengan kerjasama Kelab Kebajikan CBD PETRONAS Dagangan Berhad dan Persatuan Penduduk/KRT Bandar Baru Sentul Fasa 8/9, telah mengadakan program CSR pada 13 Februari 2010 di Rumah Anak-Anak Yatim Maahad Raudatul Ulum, Kg Ulu Rening, Batang Kali, Ulu Selangor.
Maahad Raudatul Ulum adalah sebuah rumah kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin ( berumur antara 10 tahun hingga 23 tahun). Bilangan penghuni Maahad Raudatul Ulum seramai 58 orang.Pembangunan dan pembiayaan Maahad adalah hasil dari pendapatan ceramah-ceramah agama yang dilakukan, sumbangan orang perseorangan dan orang ramai.
Aktiviti - aktiviti yang dijalankan di Maahad ini ialah mendidik anak-anak dengan bacaan dan Hafazan Al-Quran. Anak-anak akan didik hingga ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar anak-anak belajar ke luar negara seperti Mesir.Sehingga kini, 4 orang pelajar telah tamat pengajian dan kembali bertugas sebagai tenaga pengajar di Maahad itu sendiri.
Program CSR ini adalah satu kerja amal tahunan KOPETRO di mana adalah menjadi satu tanggungjawab sosial KOPETRO untuk membantu sedaya upaya kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan, sokongan moral serta material disamping menjalinkan silaturrahim dengan masyarakat luar. Pengerusi KOPETRO, wakil dari CBD dan Pengerusi KRT Bandar Baru Sentul telah menyampaikan derma serta sumbangan hasil dari kutipan yang dianjurkan kepada Pengetua Maahad.
Sebagai tanda kenangan ke atas kerja gotong royong yang telah dijalankan, Pengerusi / Setiausaha KOPETRO dan Pengerusi Persatuan Penduduk/ KRT Bandar Baru Sentul Fasa 8/9 telah menanam pokok buah-buahan.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk menderma kepada Maahad Raudatul Ulum ini atau menaja pelajar –pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara, pihak Maahad amat mengalu-alukan . Sumbangan juga boleh dibuat melalui bayaran terus ke akaun Maahad diatas nama (“Raudatul Ulum” No Akaun : 12430000326102 ( CIMB Bank).Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ustaz Rizam di talian 019-3995344.
Akhir kata bagi pihak Pengerusi dan Jawatankuasa penyelaras program CSR KOPETRO mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi/Setiausaha KOPETRO, Anggota Lembaga KOPETRO, JAD,kakitangan KOPETRO, Ahli Kelab Kebajikan CBD (PDB) dan Ahli Persatuan Penduduk /KRT Bandar Baru Sentul Fasa 8/9 kerana menjayakan aktiviti ini.
|