|
|
Keanggotaan
Keanggotaan KOPETRO terbuka kepada kakitangan tetap syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), anak-anak syarikat PETRONAS dan syarikat-syarikat bersekutu. Kakitangan PETRONAS yang telah bersara juga boleh memohon untuk meneruskan keanggotaannya.
Antara kemudahan yang disediakan kepada anggota adalah kemudahan pembiayaan peribadi, pembiayaan barangan, pakej perkahwinan, pinjaman pendidikan, insuran berkelompok dan pinjaman pelancongan.
Sehingga 31 Okt 2009, KOPETRO mempunyai bilangan anggota seramai 15,325 orang.
Menurut seksyen 26 dan 27 Akta Koperasi 1993, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur lapan belas tahun;
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini;
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana- mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun.
- Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi KOPETRO.
- Fee masuk - Tiap- tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM 30.00 sahaja. Fee masuk menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Anggota Lembaga Koperasi.
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak RM 60.00 sahaja.
- Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab- sebabnya.
|