|
|
Latarbelakang Koperasi
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, atau ringkasnya KOPETRO Berhad, telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980. Objektif utama penubuhannya pada waktu tersebut adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan kakitangan Petroliam Nasional Berhad.
Semenjak penubuhannya, KOPETRO terus mengorak langkah kehadapan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan tanpa mengabaikan kebajikan kepada anggota.
KOPETRO telah mengembangkan aktiviti dengan terlibat secara langsung di dalam aktiviti perniagaan seperti perdagangan, perniagaan di dalam industri petroleum, petrokimia, katering, pelancongan, tiket penerbangan, perkhidmatan pengangkutan pelancong dan lain-lain. KOPETRO akan terus berusaha menceburi bidang-bidang perniagaan lain yang akan memberi pulangan dan nilai tambah demi untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi anggotanya.
Di dalam tempoh 27 tahun penubuhannya, kejayaan KOPETRO terletak kepada komitmen dan keupayaannya untuk memenuhi keperluan pengguna dan anggota. KOPETRO akan terus mempromosikan dan menitikberatkan kepada kecemerlangan perkhidmatan di dalam usaha untuk memastikan segala kehendak dan kemahuan pelanggan kami dipenuhi.
Disokong oleh anggota lembaga yang berpengalaman dan kakitangan yang menitikberatkan kepada kecemerlangan perkhidmatan, KOPETRO berjaya meneruskan momentum pertumbuhan perniagaan yang stabil dan mantap. Ini dapat dibuktikan melalui pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang diterima oleh KOPETRO.

- Untuk kekal sebagai koperasi peneraju dengan pertumbuhan perniagaan cemerlang.

- Untuk meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan komuniti berdasarkan prinsip dan nilai koperasi.

- Untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota
- Untuk menggalakkan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan pelbagai
kemudahan menyimpan dan pelaburan.
- Untuk memberi pulangan yang maksimum kepada anggota dengan proaktif menceburi
perniagaan yang berdaya saing dan maju.
- Untuk menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan kukuh dengan mengamalkan budaya korporat yang cemerlang.
|