Juruaudit Dalaman
Soalan Lazim
           

 


 

 
 


 

 

Katering

Perniagaan katering merupakan antara perniagaan yang terawal diceburi oleh KOPETRO semenjak penubuhannya. Jabatan Katering ditubuhkan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan katering makanan dan minuman. Berbekalkan pengalaman yang jitu di dalam industri perkhidmatan di samping keupayaan kakitangan yang berpengetahuan, KOPETRO menerima pelbagai maklumbalas yang positif daripada pelanggan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:-


1. Pakej Mesyuarat
Pakej ini adalah pakej yang menyeluruh meliputi penyediaan makanan dan minuman untuk keperluan mesyuarat. Pakej ini meliputi penyediaan makanan, minuman, keperluan tambahan seperti gula, susu, kertas tisu, peralatan makan seperti cawan dan pinggan dan lain-lain. Kami akan memastikan penyediaan yang lengkap sebelum mesyuarat bermula untuk memastikan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan.


2. Perkhidmatan Skim Minuman
Skim minuman kakitangan adalah satu pakej di mana KOPETRO menyediakan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan kakitangan di pejabat. Dengan cara ini, pelanggan kami dapat menjimatkan kos tanpa perlu kakitangan tambahan untuk menguruskan perkhidmatan ini. Tidak dapat dinafikan, perkhidmatan skim minuman kakitangan yang baik dapat menyediakan persekitaran perkerjaan yang selesa bagi kakitangan. Stok minuman sentiasa dipastikan mencukupi untuk memenuhi keperluan kakitangan. Disamping itu, kami juga penyediaan peralatan seperti Cafe Bar, Water Dispenser dan lain-lain lagi disediakan


3. Pakej Seminar / Luar
Pakej ini adalah bertujuan untuk keperluan seminar dan majlis khas. Kami akan menyediakan pakej mengikut jumlah peserta dan jenis majlis yang akan diadakan.


Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai khidmat katering KOPETRO. Katering KOPETRO  beroperasi di :


JABATAN KATERING
Tingkat 37, Menara 1,
Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-23311605
Fax : 03-23313607

 

s